May Rambling

May 2nd, 2008 by zam-adik

Uish dah bulan 5 rupanya…kekekeek..actually aku merehatkan diri dr berblog disini sbb aku lebih suke create new post kat blog sedia ada aku tu..So spt biasa just nak ramble skit life aku dlm beberapa bulan ni. Actually masih serupa aku tetap unemployed dan skang tetap hidup di bumi Shah Alam tercinta.

So, dlm tempoh 4 bulan lps byk benda telah aku lalui dan alhamdulillah aku passed sume ujian dr Allah tu.. Syukur dgn kuasa-Nya hamba yg kerdil ni masih tetap berdiri dan hidup seadanya. Beberapa bulan ni gak aku tak contact sgt ngan kawan2 lama..maaf bukan melarikan diri tp itulah aku perlukan masa utk cari duit utk teruskan hidup aku.Maklumlah aku bekerja sendiri beb..Syukur ada rezeki arah lain yg Allah nak buka utk aku.

So bulan ni aku dah janji ngan diri sendiri nak improved super duper punya stage, so takde masa nak main2 mcm 4 bulan lps dah. Aidah akan kawen 11hb ni so aku dan rakan2 akan drive ke JB. Doakan keselamatan kami erk. Sedia maklum aku ni kan takde lesen kete, tp skang dlm masa kurang 7 hari aku dah boleh bawak kete di highway secara illegal..Aiyak skang nak buat lesen sgt lama sei sib baik kete tu auto.Thanks to technology.

Beberapa hari ni aku layan tido lewat sbb developed few website dan weblog client aku. Thanks Allah, ada rezeki dimana2 so one of my income stream datang dr service bina blog. Aku charge seadanya cukup utk beli mknn fify dan duit minyak skit2. Aku bukan nak kaya cukuplah apa yg aku ada skang..Thanks Allah, it’s already enough. Im really happy with my current situation even tak sempurna mana.

Jadi kesan percutian selama 4bulan aku byk menimba ilmu ke jln yg lebih baik kot..kekeke..Actually I really missing someone tp itulah kekuatan yg tersimpan biarlah dia di sana bahagia seadanya. Insya-allah.

So,buat masa skang aku takde plan nak kawen atau apa2 yg memberi makna ikatan. Sorry guys and gals, lambat lagi nak rasa mkn nasi minyak aku kan. Doakan rezeki aku bertambah so aku boleh cepat kawen..Best oo kawen..kekekeke

Oklah, aku kena settlekan benda lain plak..Ya,selain main games aku ada kucing nak kena jaga dan emil..kura-kura yg menjadi ratu hatiku..kekekeke..Ttg adik aku, syukur dia dah boleh duduk sendiri tp masih gunakan wheelchair dan untuk pulih tu aku sendiri tak mau berharap, cukuplah aku masih boleh bersenda gurau dgn dia hingga ke hari ni. Syukur ke hadrat Ilahi dia masih disisi kami..

So, sayangilah diri sendiri, keluarga dan ciptaan Allah yg lain sbb kita tak tahu bile Allah akan mengambil balik semua ini..

Catzer Version 2008

January 1st, 2008 by zam-adik

selamat thn baru pada kawan2 semua, jika wayer membuat Final 2007 rambling aku plak baru jerk nak tulis post ni. :p Actually semua post blog aku byk kat sini :

Catzer.com

So, untuk thn baru ni aku lebih kepada pengukuhan ciri2 kematangan dan juga mempertingkatkan segala yg aku rasa patut dinaik tarafkan. Untuk thn ini ada sedikit azam yg tak seberapa dan mungkin ada yg langsung tak fhm ttg azam aku tu.
1. Aku berazam untuk fully optimize blog aku tu dan mendapatkan visitor at least 500 unique visitors/day dlm thn ni.

2. Aku berazam untuk melupakan seseorang atau lebih senang jika aku ckp aku nak lepaskan persahabatan aku dgn ajin. So, skang ni apa2 hidup dan mati ttg dia tiada kaitan dgn aku dah. Ya, aku mungkir janji. Aku janji nak jaga persahabatan ni sehingga ke akhir hayat but takde maknanya jika yg sorang lagi tu sygkan career dia sgt. so, let it go..pergh..at least inilah keputusan terbesar pernah aku buat.

3. Aku berazam untuk pastikan income aku dr internet konsisten RMXXXX permonth. Since aku takde keje dan mmg full time internet entrepreneur so untuk permulaan target tu mmg boleh aku capai. Kalau tak capai target tu aku nak berenti dr internet marketing dan buka kedai dobi. :p

itu azam, list to do aku plak ialah:

1. Pindah umah - yeah, hujung bulan ni kami akan pindah ke rumah lain
2. Pergi gathering blogger kat starbuck the garden
3. kumpul duit utk beli laptop dan dlsr :D
4. vacation ke sabah
5. Teman paksue ke HKL untuk operation balik kepala dia. Erk, ngeri ni

Erm, apapun aku harap thn ni akan jadi lebih lebih baik dr tahun lps. wish me luck :D

Life after Raya = Sengkek Gile

October 17th, 2007 by zam-adik

Semalam aku sampai dr kampung tepat jam 3 petang, sepanjang perjalanan aku tak tido kerana layan borak ngan k.anna. Kali ini dia yg memandu memandangkan ‘pemandu’ kami sibuk bercinta dan tak reti2 nak balik ke selangor semula. Perjalanan pulang kali ini dilimpahi dgn perasaan sedih berbaur duka terhadap adik bongsu aku. Dia telahpun sedar 3minggu lps dan kini dirawat dirumah sahaja. Memandangkan bahagian otak kanan yg mengalami pendarahan dan dibedah, jadi bahagian tubuh sebelah kiri dia masih belum berfungsi atau lebih sinonim lumpuh sebelah badan. Dia hanya dpt melihat menggunakan sebelah mata kanan, mengerakkan kaki dan tangan kanan dan pertuturan yg kurang jelas dan amat sukar difahami.

Sepanjang raya ini, aku memikirkan ttg masa depan dia. Tak byk yg dpt aku harapkan selain dr dia akan berjalan semula spt biasa. Ada saat dimana dia minta ingin berdiri, berjalan, nak main bola, nak beraya, nak main bunga api dan sebagainya. Dlm keadaan skang, aku percaya dia boleh berjalan semula kerana semangat juang dia yg tinggi. Ibarat bayi yg baru lahir keletahnya mampu membuat kami ketawa dan menangis.

Aku bersyukur kerana dia masih disamping kami meraikan kemenangan umat islam semasa di bulan puasa. Aku tak dpt nafikan harapan yg tipis itu kami junjung sepanjang dia di ICU. Dgn harapan senipis kulit bawang itu kami berdoa semoga dia akan selamat. Syukur ke hadrat Ilahi dia masih diberi peluang utk merasai nikmat di dunia sementara ini.

Thn ini raya, aku byk berbelanja brg2 dapur dan keperluan paksue. Memberi sedikit pada parent dan duit raya utk anak saudara. Ketika aku pulang ke KL, wallet aku hanya ada RM15. Semasa ambil fify di boarding school aku pinjam duit kak anna. Will paid you asap. Org ckp bile kita byk memberi hati kita akan rasa lega. Itulah perasaan aku meskipun wallet mmg sudah sedia ringan.

Tanpa aku sedari, ada kawan2 yg bayar hutang sebelum raya hari tu. Mmg betul lah org2 alim selalu ckp, makin byk kita memberi makin byk kita akan dpt. Keikhlasan itu dibayar dgn ketenangan jiwa dan perasaan rendah diri yg maha besar.

Puasa dan JObless

October 1st, 2007 by zam-adik

erm..dah nak dekat raya seh..aku spt biasa masih spt dulu syok bermain internet sepanjang hayat..yeh…

Current situation aku skang ialah Im no more engineer oriented, i already twist my life 360 degree to reversed-engineer. That mean im 100% webmaster right now. Most of the time im hang out with new dell vostro. Gosh, i never thinking that my hobby will become my career today.

Aku dah berhenti dr mencari keje..kenapa? i got no answer for that. Honestly, im enjoying work by myself.. :)

This month, byk tolong angah (my sister) handling networking and planning system utk company dia..huh..never expected i knew much more about computer and internet compare to chemical engineering.

Today, mcm selalu lepak at my room even all of them dah balik..yup, im just surf and download some movie before nak berbuka.Since jln nak blk ke seksyen 7 biasanya mmg sesak especially dr Proton sampai ke simpang seksyen 24. Gosh, i got a headache everytime nak balik rumah.

Im planning to further my study maybe end of next year in Business. No more engineering term..:)

I found myself enjoy much as reversed engineer..moreover, work under myself. Im let go all my ambitious as engineer..goodbye and farewell..

New life must goes on once you realized time will never been replace even you sold your soul.

Guy and gal,
wish my luck and hope we can hang out together someday.. :)

Doakan Dia

August 16th, 2007 by zam-adik

Minggu ini genap seminggu Pak sue (adik lelaki bongsu aku) koma, semlm pihak HKL dah pindahkan dia dr NICU ke wad biasa. Namun keadaannya masih lagi begitu. Semalam aku skip dr melawat dia kerana kepenatan. Hari ini aku akan pergi melawat dia spt biasa.

Cerita ttg dia aku coretkan juga didlm blog aku (http://www.catzer.com). Namun, pagi ini aku ada mood utk menulis di blog friendster ni pula. Sejujurnya kini aku tak mampu berfikir apa2 melainkan dia. Mungkin aku bukanlah kakak yg baik selama ini, tp tak bermakna aku tidak menyayangi dia. Saat aku lihat dia terlantar bersama pelbagai jenis wayar,ada takungan air mata yg aku gah bertahan dari bercucuran.

Selama seminggu di wad ICU, pelbagai komplikasi yg diwartakan oleh doktor bertugas. Tidak byk yg mampu kami lakukan, sekarang terpulang pada diri dia sendiri. Semangat dia untuk terus hidup, itu lah yg menjadi sandaran sekarang. Minggu ini juga tak byk yg mampu aku lakukan, melainkan berulang-alik ke HKL. Semua planning sudah aku bekukan buat sementara waktu. Biarlah dulu, kerana saat2 begini,mak dan abah sgt2 memerlukan sokongan kami adik beradik. Mereka tidak pasti masa hadapan adik bongsu ku nanti..Tp kami akan pastikan dia tetap bahagia meskipun dia tidak seperti dulu.

Wahai kawan,
doakanlah utk dia, semoga dia sembuh dan mampu hidup normal spt dulu. Yg pasti thn ini PMR bukan matlamatnya lagi. Aku berharap dia cepat kembali kepangkuan kami.

Unemployed once again

July 4th, 2007 by zam-adik

Minggu ini aku sudah bergelar penanam anggur balik semula. Mungkin ramai yg belum tahu aku dah resign dr PHN Industry Sdn Bhd. Tak byk yg mampu aku ceritakan sbb nanti mungkin korang akan labelkan aku sebagai pemberi alasan paling byk di universe ni. Actually, mungkin aku mmg dr awal lagi tidak sesuai dlm industri automotive Malaysia.

Hari ni baru internet kat rumah kembali pulih, jadi aku tak perlu melepak di starbuck mahupun cc lagi..habis duit aku disana..ish..ish..

Semalam aku pi beli printer baru utk memudahkan aku print resume nanti.. Tp agak malang untuk bln lps dan bulan ini kerana aku telah hilang ingatan dimana aku letakkan charger PDa aku dan kat mana sijil degree yg aku br dpt beberapa bulan lps. Gosh, im losing my memories…

Luckily Im still happy as usual even duit dah semakin takde. Tp, aku realized duit bukan segala-galanya bile kita memiliki kebebasan utk memilih jln hidup sendiri..Yup, freedom is much expensive compare to everything..

aku yg kepenatan

May 24th, 2007 by zam-adik

task to do:

28/5 - convocation kat uitm shah alam
27/5 - prepare apa2 yg patut
26/5 - aku tak akan keje hari ni..biarlah ada urgent hatta apa sahaja..aku tetap tak mau keje hari sabtu ni

25/5
- kalau tak silap aku hari ni gaji masuk kot..kalau tak masuk siap ain aku cubit2 ko sbb ko bhgn finance..hahaha
- continue buat keje2 kat opis yg sememangnya kalau aku berumah kat situ pun sampai bile2 tak habis
- keluar dgn mardhi (aku hrp dah masuk gaji esok sbb aku nak pow mardhi)
- kena cari kasut utk konvo (compulsory)
- check camera condition
- basuh baju keje
- bla..bla..bla

erm..apa lagi yg perlu aku buat..argh …malas layan..hari ni aku balik lewat lagi. Semua kerana projek yg menyusahkan hidup aku tu..dah siap2 tetiba boss ckp silap lagi..huhuh..sape yg salah bg maklumat ni…mcm biasa superior aku tu lah..suke buat kesalahan mcm ni..letih2..

aku benci balik lewat, sbb keje mcm nak mampos gaji aku bukan byk pun. Then, minta aku jaga appearance kat dlm opis..kalau keje berlambak nak pi mkn tak sempat, nak itu ini tak sempat..aku nak jaga diri pun serabut…erm, kenapa mesti aku di tempatkan di tempat sebegitu..aku mmg tak sesuai duduk dlm opis..aku bosan kena jaga benda2 remeh dan membosankan…(yer, aku membebel ni sbb tak puas hati gaji aku tak setanding keje dan masa bekerja)

aku keluar seawal 7.15 am balik around 8-9 pm..kalau aku kawen..mahu gaduh ngan hubby aku..huhuhu..derita2..nasib baik aku bachelor…

New Planning

May 22nd, 2007 by zam-adik

hidup aku skang agar celaru sedikit. Ada beberapa perkara yg perlu aku berikan lebih perhatian berbanding perkara lain.

"Priority and Urgent"
"Priority but not Urgent"
"Priority"
"Urgent"

Erm, term ni ditekankan oleh boss aku kerana aku gagal membezakan ke 4 4 situasi tersebut. Yup, di tempat keje aku takde istilah "not urgent"..so fussy lah..ingat aku ni robot..robot fanuc dan hyundai tu pun kadang2 jam, apatah lagi aku insan yg kerdil ni..huhuuh

Ptg tadi aku berniat utk pulang awal, tp entah ke berapa juta kali dah setiap kali aku berniat sebegitu, maka setiap kali itulah boss aku dgn muka tanpa perasaan menghulurkan keje pada aku meskipun sedia maklum jam dah menunjukkan 7.15 (aku plan nak balik pukul 7.30 pm)..hari ni aku terpaksa pulang pukul 8.30 pm (boss kau terlalu kejam)

Utk satu jam suku itu, tiada siapa berani tegur aku utk bertanyakan soal balik keje. Mereka sedia arif aku sudah angin satu badan…

kawen..dan kawen lagi

April 5th, 2007 by zam-adik

hehehhe…dah lama aku tak menggila di sini..maklumlah aku ada blog peribadi yg lebih stable untuk aku mengganas di sana..Sesiapa yg rajin nak baca blog aku pergi kat

http://www.catzer.com

Erm, topic hari ni ttg kawen..tp bukan aku yg kawen ok..aku maybe lambat lagi..maklumlah hati muda, tak macho lah plak kawen skang..Minggu ni aku dapat sms (sms jer, sbb kawan aku ni kedekut) jemputan perkahwinan kawan semasa diploma dulu..kalau sesiapa yg tak terima..meh aku tolong khabar2 kan yg Rumaizah Maryam Jamaliah bt Ramli(erm, apa nama bapak dia erk, tak ingat dah ingat lepas tgk buku) akan melangsungkan perkahwinan dia (mungkin dgn pakwe dia kot, entah tak ambik port sgt) pada 8 hb June 2007 di kampung dia kat Terengganu..

Dan, pada bln depan plak berapa hb yerk aku tak ingat, maybe 20hb something bulan 5 ni, eda atau nama sebenar Noridawati bt Zakaria akan mendirikan rumah tangga dgn jejaka pilihan dan lokasi kenduri di Terengganu gak.

Dan..satu lagi kenduri kawen, seorang kawan aku budak woodtech dulu, kalau sape budak uitm ingat tak makcik yg jual nasi kerabu sedap kat pasar rabu tu..dia ada anak nama Ana kan..hehehe..so ana ni adik pada kawan aku ani..so skang tiba giliran ana untuk menyahut seruan untuk kawen pada 13th May ni berlangsung di Jengka.

Erm..total2 ada 3 kenduri yg aku ketahui..mana satu aku akan pergi..atau 3 3 aku tak pergi..akupun tak pasti..depend pada poket aku nanti..

So untuk kawan2 masa diploma biar aku listed sape yg dah kawen dah bakal kawen (setakat title kat friendster dah kawen tp tak kawen lagi jgn menggatal nak listed kat sini since korang takde sijil nikah lagi):

1. Salmah Idris (ada anak sorang)
2. Halianis Yusoff (anak sorang)
3. Salini Othman ( anak sorang)
4. Aznahlizawati  Semail (anak sorang)
5. Noor Haid Mohd Kaus
6. Yusfalina Mohd Yusof
7. Nor rizan Osman
8. Faizah Halida

Kepada yg dah kawen tp aku tak listed..hehehe..korang tu out of coverage..hahahha..mana yg tunang2 tu sorry yg tu aku tak amik port gak sbb manalah aku tahu..hahahhaha..

So, kepada sesiapa yg rasa dah gatal nak kawen..jemputlah aku walaupun korang tahu aku ni % nak dtg mmg rendah..hahahah..tp aku akan doakan kebahagiaan korang semua..

Amaran Keras — Jangan tanya aku pasal kahwin buat masa skang kerana aku ada allergic pada perkataan tersebut yg boleh membuatkan aku pengsan. Doktor ckp, aku perlukan sethn untuk sembuh dari penyakit ni..hehehe (serius ni)

kebuntuan

February 21st, 2007 by zam-adik

beberapa minggu ini aku terperok dlm bilik, bukan sekadar tido atau surfing internet sebenarnya aku rasa selesa bersendirian begini.

Lantaran kehidupan aku yg penuh dgn kebuntuan aku selesa mendakap bantal dan berguling-guling di atas comforter. Kepala aku pening memikirkan apa yg bakal aku tempuhi keesokkan hari. Impian yg aku bina dari kecil bagaikan sudah tenggelam bersama masa yg berlalu. Aku tak mahu salahkan sesiapa, cukuplah aku menganggap tiada rezeki antara kami.

Beberapa minggu ini juga hati aku semakin jauh dr segalanya. Blog aku terbiar dan bersarang labah-labah. Kawan-kawan bagaikan tiada makna buat aku, cinta bagaikan kepalsuan dan keluarga tidak memahami kebuntuan yg aku telan bersendirian.

Di saat ini aku membina satu tembok dr segala-galanya. Aku tak beta untuk bertegang urat leher kerana kebuntuan ini. Aku sudah tak mampu membawa kebenaran dr setiap kesilapan di mata org lain terhadap aku. Aku hanya mampu menyimpan dan terus menyimpan setiap perasaan ini didlm hati aku. Hati aku sudah sempit untuk menyembunyikan segala kebenaran. Biarlah, biarkan ianya sempit dan sendat sehingga aku tidak mampu bernafas lagi. Biarlah aku pergi membawa kebenaran ini bersama. Mereka tidak mahu memahami malah hanya tahu menuding jari ke arah ku. Kebenaran adalah sesuatu yg sering dianggap alasan.

Aku ingin pulang dimasa yg mana hanya ada aku dan dia, dia yg sentiasa mendengar kebenaran dan percaya itu bukan alasan. Dia yg tega bersamaku disaat aku kesepian, dia yg tidak mengenal makna putus asa. Dia yg hadir di setiap kebuntuan dlm hidup aku dan memimpin tgn ku pulang ke arah kebenaran.

Adakah kebenaran itu dosa yg besar sehingga manusia tidak mampu menerimanya. Adakah terlalu sukar menerima kebenaran sehinggakan tiada tempat lagi utk org seperti aku. Aku KEBUNTUAN di celah-celah KEBENARAN